Khamis, 20 Ogos 2009

Karangan 1

Semasa aku mengemas kain baju di almari,

aku terpandang sehelai baju biru yang aku pakai semasa menghantar kawan karibku ke lapangan terbang.Dia yang mengikut keluarganya yang ingin bermastautin ke Australia.

Air mataku berlinangan semasa aku teringat masa-masa yang telah aku kongsi denganya.



Azli adalah kawan terbaik aku.Dia selalu menolong aku menghadapi masa-masa yang susah.

Teringatlah aku pada hari terakhir aku bersamanya.Aku ke rumahnya untuk menyambut hari terakhirnya di Singapura.Aku berasa sangat gembira untuknya dan juga sedih kerana dia harus pergi.Setelah aku ada di depan rumahnya,aku mengetuk pintunya dengan kuat.Aku tidak mahu membuangkan masa lagi.Aku harus berbahagia denganya sebelum dia pergi.



Kesedihanku hilang apabila aku melihatnya di hadapan pintu.Mukanya kelihatan gembira melihatku,aku juga berasa gembira melihatnya.
Saya mengajaknya ke Marina Barrage untuk berehat dan makan di sana.
Sebelum itu,saya membawanya ke rumah saya untuk memberinya sehelai baju istimewa saya yang berwarna biru.Baju itu diberikan kepada saya daripada arwah atuk saya.Baju itu dibuat dengan kain yang sukar untuk dijumpai.
Dia sangat gembira apabila dia menerima baju itu.Kami pun menaiki teksi dan terus pergi ke Marina Barrage.

Apabila kami sampai di sana,kami melihat tempat-tempat yang menakjubkan.
Selepas itu,kami ke tingkat paling tertinggi untuk bermain layang-layang.
Azli sangat bagus menerbang layang itu kecuali saya yang hampir mengoyakkan dua layang di sana.Sedang kami bermain,Azli berasa lapar dan menyuruh saya untuk bermakan dengannya.Kita makan Mee Rebus dan Mee Bandung yang sangat sedap dan agak mahal.Hari itu sangatlah ceria!Terapi Azli harus pulang untuk menyiapkan barang-barangnya.Kalaulah masa itu lebih lama,dapatlah ku bergembira dengannya.Aku dan Azli menaiki bas untuk pulang kerana kekurangan wang setelah membeli makanan.

Dalam masa 7 minit,kami sampai di rumah Azli.Aku menolongnya menyiapkan barang-barangnya dan dengan masa yang tidak lama,kami sudah habis menyiap barang dan sudah bersedia untuk ke lapangan terbang.
Perjalanan ke lapangan terbang itu sangat senyap,aku dan Azli berasa sedih kerana tidak lama lagi dia akan ke Australia.Aku menemaninya hingga ke keluargannya telah menunggunya.

Aku pun mengucapkan selamat tinggal dan pulang rumah.Hari yang penuh kesedihan dan juga kebahagiaan.Aku tidak akan lupa hari yang istimewa ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan