Khamis, 27 Ogos 2009

Jurnalku:Pengalaman Berpuasa Pada 27hb ogos

Pada 27hb Ogos,Cikgu jariah(cikgu jayz) memberikan tugas kepada kelas saya.Kami harus membuat jurnal tentang pengalaman kami pada hari berpuasa itu.Inilah pengalaman seterusnya.
5:00 Pagi :Aku membuka mataku walaupun aku berasa sangat ngantuk.
Aku mula berjalan ke tandas untuk mecuci mukaku.Makanan
sudah tersediah di meja makan,seluruh keluargaku
sedang menungguku untuk berhidang bersama-sama.
6:30 Pagi :Aku ke tandas untuk mandi,badanku berasa lebih segar.Aku mengambil
wudhu untuk bersembahyang.Baju ku telahku sediahkan untuk
ke sekolah.
7:15 Pagi : Aku sudah sampai ke sekolah.Perutku berasa kenyang kerana telah
bersahur tadi.
10:30 Pagi :lonceng berbunyi.Sudah masa waktu rehat dan aku masih berasa
kenyang kerana sudah biasa tidak makan pada waktu itu.
4:00 Petang : Tiba di rumah,aku berasa lapar jadi saya membuka komputer
untuk membuang masa.Aku telah bermain komputer
selama 2 jam.
6:00 Petang : Hanya berapa jam lagi untuk masa berbuka.Aku menahan rasa
kelaparanku
7:20 Petang :Masa untuk berbuka! Aku membaca niat berbuka puasa
dan terus mula bermakan.Selepas itu,aku sembahyang
maghrib.
8:30 Malam :Aku sudah selesai membuat kerja rumahku dan aku terus
sembahyang Isyak.Selepasku sembahyang,aku
Membaca niat untuk berpuasa esok harinya.
11:30 malam :Aku berasa ngantuk dan terus ke bilik untuk tidur.
Itulah pengalaman saya pada hari itu.

Khamis, 20 Ogos 2009

Karangan 1

Semasa aku mengemas kain baju di almari,

aku terpandang sehelai baju biru yang aku pakai semasa menghantar kawan karibku ke lapangan terbang.Dia yang mengikut keluarganya yang ingin bermastautin ke Australia.

Air mataku berlinangan semasa aku teringat masa-masa yang telah aku kongsi denganya.



Azli adalah kawan terbaik aku.Dia selalu menolong aku menghadapi masa-masa yang susah.

Teringatlah aku pada hari terakhir aku bersamanya.Aku ke rumahnya untuk menyambut hari terakhirnya di Singapura.Aku berasa sangat gembira untuknya dan juga sedih kerana dia harus pergi.Setelah aku ada di depan rumahnya,aku mengetuk pintunya dengan kuat.Aku tidak mahu membuangkan masa lagi.Aku harus berbahagia denganya sebelum dia pergi.



Kesedihanku hilang apabila aku melihatnya di hadapan pintu.Mukanya kelihatan gembira melihatku,aku juga berasa gembira melihatnya.
Saya mengajaknya ke Marina Barrage untuk berehat dan makan di sana.
Sebelum itu,saya membawanya ke rumah saya untuk memberinya sehelai baju istimewa saya yang berwarna biru.Baju itu diberikan kepada saya daripada arwah atuk saya.Baju itu dibuat dengan kain yang sukar untuk dijumpai.
Dia sangat gembira apabila dia menerima baju itu.Kami pun menaiki teksi dan terus pergi ke Marina Barrage.

Apabila kami sampai di sana,kami melihat tempat-tempat yang menakjubkan.
Selepas itu,kami ke tingkat paling tertinggi untuk bermain layang-layang.
Azli sangat bagus menerbang layang itu kecuali saya yang hampir mengoyakkan dua layang di sana.Sedang kami bermain,Azli berasa lapar dan menyuruh saya untuk bermakan dengannya.Kita makan Mee Rebus dan Mee Bandung yang sangat sedap dan agak mahal.Hari itu sangatlah ceria!Terapi Azli harus pulang untuk menyiapkan barang-barangnya.Kalaulah masa itu lebih lama,dapatlah ku bergembira dengannya.Aku dan Azli menaiki bas untuk pulang kerana kekurangan wang setelah membeli makanan.

Dalam masa 7 minit,kami sampai di rumah Azli.Aku menolongnya menyiapkan barang-barangnya dan dengan masa yang tidak lama,kami sudah habis menyiap barang dan sudah bersedia untuk ke lapangan terbang.
Perjalanan ke lapangan terbang itu sangat senyap,aku dan Azli berasa sedih kerana tidak lama lagi dia akan ke Australia.Aku menemaninya hingga ke keluargannya telah menunggunya.

Aku pun mengucapkan selamat tinggal dan pulang rumah.Hari yang penuh kesedihan dan juga kebahagiaan.Aku tidak akan lupa hari yang istimewa ini.

Isnin, 27 Julai 2009

Hari Kebangsaan.

Hari ini ialah hari kebangsaan 44 tahun Singapura.
Hari ini sangat istimewa kepada rakyat Singapura kerana stelah kami menghadapi masa yang susah,kami masih bersatu-padu.Hari kebangsaan tahun ini di anggapkan sebagai salah satu hari kebangsaan Singapura yang istimewa.Pada hari itu,saya dan keluarga saya semua duduk di hadapan televisyen untuk menonton konsert 44 tahun.Kami suka melihat bunga api yang sering bersinar di langit.Hari kebangsaan ini membuat saya berasa gembira sebagai seorang rakyat singapura...

Khamis, 23 Julai 2009

Video Musik Ala Rock Lagu Tiga Kupang oleh Syah Maut

Hi semua! Saya telah membuat satu rakaman video tentang Lagu tiga Kupang ala rok. Video ini video pertama saya.Ia dirakamkan di rumah teman saya 'Daniel' pada hari khamis yang baru saja lepas..
Kawan saya daniel,menolong saya untuk merakamkan 'Audio'.
Saya membuat video ini kerana Cikgu Jariah yang suroh!
Dan temanya juga Cikgu yang suroh!
Saya berasa video ini kelakar dan juga unik kerana saya orang pertama berumur 14 untuk merakamkan lagu 'Tiga Kupang' ala rok.
:)

Selasa, 14 Julai 2009

Tentang diri saya

Nama saya Muhd syafei.Saya berusia 14 tahun dan hari lahir saya ialah pada 31/jan/1995.Saya sedang belajar di SKOLAH MENENGAH NORTHBROOKs.Saya ada 3 adik beradik.Saya ada kakak berusia 16 tahun dan satu adik perempuan berusia 8 dan adik lelaki berusia 7 tahun.Saya minat bermain gitar dan sudah hampir 2 tahun saya bermainnya.Saya ada kunpulan kugiran bernama 'The Syndicates' kumpulan saya mengandungi 4 orang,kumpulan kugiran saya sedang mencari seorang yang tahu bermain 'bass'.Saya ketua kumpulan itu dan saya bukan hanya bermain gitar tetapi menyanyi juga.Saya berharap kumpulan kugiran saya akan dikenali satu hari nanti....